MADRASAH TAHFIZ ALI-IMRAN (MTAI),

KAMPUNG RANTAU PANJANG,

78300, MASJID TANAH, MELAKA

Pendaftaran: JAIM/SAS(M)116

Beramal hingga ke jannah!

libatkan diri anda untuk infaq bagi pembangunan asrama & surau mtai

"Sesungguhnya sedekah seorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala menghapuskan sifat sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya"
(Hadith Riwayat Tabrani)

Boleh terus klik butang di bawah

Seruan Infaq

Alhamdulillah, sejak Madrasah Tahfiz Ali-Imran (MTAI) memulakan pengambilan pelajar tahfiz seawal 2020, terdapat pertambahan pelajar yang agak ketara di madrasah ini. Kami menjangkakan kira-kira 8 ke 10 orang pelajar baru lagi akan mendaftar di MTAI pada penghujung tahun 2021/awal tahun 2022. Inshaa Allah.
 
Untuk menampung pertambahan pelajar-pelajar berkenaan, kami perlu membangunkan sebuah surau dan asrama khas untuk pelajar tahfiz ali-imran. Dewasa ini, pelajar ini menumpang di salah sebuah kediaman dalam kawasan madrasah.
 
Kami menyeru untuk tuan/puan bersama memberi sumbangan untuk pembinaan surau dan asrama MTAI agar usaha untuk menghidupkan al-Quran dalam hati kita, dalam generasi kita serta masyarakat kita dapat kita bersama menjayakannya. Semoga Allah Ta’ala memberi kemuliaan kepada diri penderma/penyumbang dan menempatkan tuan/puan dalam gulungan yang di redhai Nya di dunia dan akhirat. Aamiin.

Pembelajaran Di MTAI

Penghafalan Al-Quran

Kelancaran bacaan dan hafalan al-Quran sebanyak 30 juzuk serta pemantapan bacaan bertajwid.

Skil Kendiri & Personaliti

Pelajar diajar membentuk keyakinan diri untuk bercakap di hadapan umum, berfikiran positif serta kreatif, berkomunikasi dengan tujuan untuk saling memahami serta mempercayai satu dengan yang lain, berupaya membentuk semangat dan kerjasama berpasukan yang hebat, dan belajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah menerusi perlbagai kaedah

Jati Diri & Kemahiran

Program pembangunan jati diri seperti pertanian, pertukangan serta pengurusan bisnes juga akan dijalankan pada hujung minggu secara teori dan praktikal, seperti program ko-kurikulum sekolah (mengikut tahun pembelajaran).

Sokongan Anda Diperlukan

Previous
Next

Pembangunan Surau dan Madrasah

Kami amat berbesar hati sekiranyan tuan/puan dapat memberikan sedikit sumbangan bagi menjayakan projek pembangunan surau dan madrasah buat keselesaan pelajar di Madrasah Tahfiz Ali-Imran. Sumbangan ikhlas dari pihak tuan/puan amat bermakna buat kami. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik tuan/puan sekalian.

Boleh terus klik butang di bawah

Kata-kata Netizen di Facebook MTAI

Kami Juga Menganjurkan Pelbagai Program Untuk Penerapan Nilai Positif

25 May - 1 Jun 2019

Kem Cuti Sekolah Siri 01/2019

24 - 30 Nov 2019

Kem Cuti Sekolah Siri 02/2019 (Public Speaking)

24 - 30 Nov 2019

Kem Cuti Sekolah Siri 02/2019 (Communication Skill)

22 - 28 Dis 2019

Kem Cuti Sekolah Siri 02/2019 (Creative Thinking)

6 September 2019

Futsal Waktu Malam Bersama Penduduk Kampung

20 - 21 Apr 2019

Bengkel Simen Fero

24 April 2019

Futsal Di Madrasah

contact

Follow Us

© Jamaah. All rights reserved.